Pages

Powered By Blogger

Friday, December 31, 2010

Sempena tahun baru ini. Saya berharap agar saya dapat menjadi insan yang lebih baik dari tahun sebelum ini.

Saturday, May 15, 2010

Tujuh Macam Pahala Yang dapat Dinikmati Selepas Matinya

Dari Anas r.a berkata bhawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.
1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat didalamnya.
2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.
3. Sesiapa yang menulis mushaf, ia akan mendapat pahala selagi ada orang membacanya.
4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya samada manusia atau burung.
6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur’an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.
Abu Hurairah r.a berkata,Rasulullah S.A.W. telah bersabda:”Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalannya melainkan tiga macam :
1. Sedekah yang berjalan terus(Sedekah Amal Jariah)
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

Kisah Kelebihan Berpuasa pada 10 Muharram Dan Peristiwa Yang Berlaku Pada Hari Tersebut

Dari Ibnu Anas r.a berkata Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Sesiapa yang berpuasa yang berpuasa pada hari Asyura(10 Muharram)maka llah S.W.T. akan member kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang mukmin yang berbuka puasa pada hari Asyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh umat Rasulullah S.A.W. yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka.”
Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W.:
“Ya Rasulullah S.A.W,adakah Allah telah melebihkan hari Asyura daripada hari-hari lain?”
Maka berkata Rasulullah S.A.W.:
“Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Asyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Asyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Asyura, lahirnya Nabi Ibrahim pada hari Asyura, dan Allah S.W.T. menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Asyura, Allah S.W.T. menenggelamkan Fir’aun pada hari Asyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s. pada hari Asyura, Allah S.W.T. menerima taubat Nabi Adam pada hari Asyura, Allah S.W.T. mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Asyura, Allah S.W.T. mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Asyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Asyura!”

Thursday, March 18, 2010

Hikmah Meninggalkan Cakap Bohong

Dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Luqman Hakim, menceritakan pada suatu hari ada seorang telah datang berjumpa dgn Rasulullah S.A.W. kerana hendak memeluk agama Islam. Sesudah mengucapkan dua kalimah shadat, lelaki itu berkata:"Ya Rasulullah. Sebenarnya hamba ini selalu sahaja berbuat dosa dan payah hendak meninggalkannya."Maka rasulullah menjawab :"Mahukah engkau berjanji bahawa engkau sanggup meninggalkan cakap bohong?" "Ya, saya berjanji" jawab lelaki itu singkat. Selepas itu, dia pun pulanglah ke rumahnya.

Menurut riwayat, sebelum lelaki itu memeluk agama Islam, dia sangat terkenal sebagai seorang yg jahat. Kegemarannya hanyalah mencuri, berjudi dan meminum minuman keras. Maka setelah dia memeluk agama Islam, dia sedaya upaya untuk meninggalkan segala keburukan itu. Sebab itulah dia meminta nasihat dari Rasulullah S.A.W.Dalam perjalanan pulang dari menemui Rasulullah S.A.W. lelaki itu berkata dalam hatinya:"Berat juga aku hendak meninggalkan apa yang dikehendaki oleh Rasulullah itu."

Maka setiap kali hatinya terdorong untuk berbuat jahat, hati kecilnya terus mengejek."Berani engkau berbuat jahat. Apakah jawapan kamu nanti apabila ditanya oleh Rasulullah. Sanggupkah engkau berbohong kepadanya"bisik hati kecil. Setiap kali dia berniat hendak berbuat jahat, maka dia teringat segala pesan Rasulullah S.A.W. dan setiap kali pulalah hatinya berkata:"Kalau aku berbohong kepada Rasulullah bererti aku telah mengkhianati janjiku padanya. Sebaliknya jika aku bercakap benar bererti aku akan menerima hukuman sebagai orang Islam. Oh Tuhan...sesungguhnya di dalam pesanan Rasulullah itu terkandung sebuah hikmah yg sangat berharga."

Setelah dia berjuang dengan hawa nafsunya itu, akhirnya lelak itu berjaya di dalam perjuangannya menentang kehendak nalurinya. Menurut hadis itu lagi, sejak dari hari itu bermula babak baru dalam hidupnya. Dia telah berhijrah dari kejahatan kepada kemuliaan hidup seperti yg digariskan oleh rasulullah S.A.W. Hingga ke akhirnya dia telah berubah menjadi mukmin yg soleh dan mulia.

Sunday, March 14, 2010

Al-Quran Sebagai Pembela di Akhirat

Abu Umamah r.a berkata:
"Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."

Telah barsabda Rasulullah S.A.W:
"Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yanng mana di kala itu orang sangat memerlukannya."ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya ,"Kenalkah kamu kepadaku?"
Maka orang yang pernah membaca akan menjawab:
Siapakah kamu?"
Maka berkata Al-Qur'an:
"Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."
Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu:
"Adakah kamu Al-Qur'an?"
Lalu Al-Qur'an menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan ditangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya. Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya:"Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"
Lalu dijawab:"Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."

ANJING-ANJING NERAKA

بسم الله الرحمن الرحيم

Sabda Rasulullah S.A.W kepada Mu’adz, “Wahai Mu’adz, apabila di dalam amal perbuatanmu ada kekurangan:

* Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu/muslimin.

* Tanggunglah dosamu sendiri dan janganlah kamu tanggungkan dosamu kepada orang lain.

* Jangan engkau menyucikan dirimu dengan mencela orang lain.

* Jangan engkau tinggikan dirimu sendirimu sendri di atas mereka.

* Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat.

* Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut pada perangaimu yang tidak baik.

* Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain.

* Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain.

* Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu.

Nescaya di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud, “Demi (bintang-bintang) yang berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain Sabda Rasulullah S.A.W., “Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek daging orang (menyakiti hati) dengan lisannya, dan anjing itupun merobek serta menggigit tulangnya.” Kata Mu’adz, "Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat daripadanya?” Rasulullah S.A.W., “Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah S.W.T.”