Pages

Powered By Blogger

Saturday, May 15, 2010

Tujuh Macam Pahala Yang dapat Dinikmati Selepas Matinya

Dari Anas r.a berkata bhawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.
1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat didalamnya.
2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.
3. Sesiapa yang menulis mushaf, ia akan mendapat pahala selagi ada orang membacanya.
4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya samada manusia atau burung.
6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur’an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.
Abu Hurairah r.a berkata,Rasulullah S.A.W. telah bersabda:”Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalannya melainkan tiga macam :
1. Sedekah yang berjalan terus(Sedekah Amal Jariah)
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

Kisah Kelebihan Berpuasa pada 10 Muharram Dan Peristiwa Yang Berlaku Pada Hari Tersebut

Dari Ibnu Anas r.a berkata Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Sesiapa yang berpuasa yang berpuasa pada hari Asyura(10 Muharram)maka llah S.W.T. akan member kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang mukmin yang berbuka puasa pada hari Asyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh umat Rasulullah S.A.W. yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka.”
Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W.:
“Ya Rasulullah S.A.W,adakah Allah telah melebihkan hari Asyura daripada hari-hari lain?”
Maka berkata Rasulullah S.A.W.:
“Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Asyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Asyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Asyura, lahirnya Nabi Ibrahim pada hari Asyura, dan Allah S.W.T. menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Asyura, Allah S.W.T. menenggelamkan Fir’aun pada hari Asyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s. pada hari Asyura, Allah S.W.T. menerima taubat Nabi Adam pada hari Asyura, Allah S.W.T. mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Asyura, Allah S.W.T. mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Asyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Asyura!”