Pages

Powered By Blogger

Thursday, February 17, 2011

KISAH NERAKA JAHANNAM

Dikisahkan dalam sebuah hadis bahawa sesungguhnya neraka Jahannam itu adalah hitam gelap,tidak ada cahaya dan tidak pula ia menyala.Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api.
Dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa pada setiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan 70,000 kala, dan dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala terseut mempunyai 70,000 qullah bisa.
Dalam hadis yang sama menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup neraka Jahannam, maka sebaik sahaja pintu neraka Jahannam itu terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung mereka sebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka di sebelah hadapan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala mereka. Dan mereka (JIN dan MANUSIA) apabila terpandang akan asap tersebut maka bergetarlah dan mereka berlutut dan memanggil-manggil, “Ya Tuhan kami, selamatkanlah.”
Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda : “Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahannam, dan neraka Jahannam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga itu besarnya ada diterangkan oleh Allah S.W.T dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud : “Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras.” Setiap malaikat apa yang ada di antara pundaknya adalah jarak perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya, maka nescaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan sahaja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahannam.

Saturday, January 22, 2011

Biodata Diri Iblis

Nama : Iblis La'natullah

Tarikh Lahir : Sejak ia membantah dan enggan sujud kepada Nabi Adam setelah diperintahkan oleh Allah.

Status dan Martabat Diri : Fasik kelas Pertama.

Agama dan keyakinan : KUFUR.

Tempat Tinggal : Dihai setiap orang yang fasik dan menyukai kebatilan.

Kawasan/Daerah Jajahan : Semua kawasan dan tempat dimana tidak ada disebut nama Allah dan kemungkaran bermaharajalela.

Bentuk dan struktur Jalan : Bengkang-bengkok (tiada haluan).

Lampu Isyarat : Gelap-gelita ( cahaya maksiat di merata tempat).

Tempat tinggal tetap : Neraka Jahannam.

Perhiasan dunia : Semua Wanita yg tidak menutup aurat.

Sahabat handai : Semua golongan penguasa yg zalim (taghut).

Syaitan...

SEJARAH PERMUSUHAN IBLIS DENGAN MANUSIA
Iblis sebagai bapa jin dan syaitan itu tahu di mana kekuatan dan kelemahan Adam A.S sebagai bapa manusia, kerana kejadiannya lebih dahulu daripada kejadian Adam, pengalamannya lebih matang. Justeru, sebaik-baik jalan untuk mengusirnya dari syurga adalah dengan menyesatka fikirannya, supaya Adam melanggar segala peraturan yang berjalan di dalam syurga yang didiaminya.