Pages

Powered By Blogger

Saturday, January 22, 2011

Biodata Diri Iblis

Nama : Iblis La'natullah

Tarikh Lahir : Sejak ia membantah dan enggan sujud kepada Nabi Adam setelah diperintahkan oleh Allah.

Status dan Martabat Diri : Fasik kelas Pertama.

Agama dan keyakinan : KUFUR.

Tempat Tinggal : Dihai setiap orang yang fasik dan menyukai kebatilan.

Kawasan/Daerah Jajahan : Semua kawasan dan tempat dimana tidak ada disebut nama Allah dan kemungkaran bermaharajalela.

Bentuk dan struktur Jalan : Bengkang-bengkok (tiada haluan).

Lampu Isyarat : Gelap-gelita ( cahaya maksiat di merata tempat).

Tempat tinggal tetap : Neraka Jahannam.

Perhiasan dunia : Semua Wanita yg tidak menutup aurat.

Sahabat handai : Semua golongan penguasa yg zalim (taghut).

Syaitan...

SEJARAH PERMUSUHAN IBLIS DENGAN MANUSIA
Iblis sebagai bapa jin dan syaitan itu tahu di mana kekuatan dan kelemahan Adam A.S sebagai bapa manusia, kerana kejadiannya lebih dahulu daripada kejadian Adam, pengalamannya lebih matang. Justeru, sebaik-baik jalan untuk mengusirnya dari syurga adalah dengan menyesatka fikirannya, supaya Adam melanggar segala peraturan yang berjalan di dalam syurga yang didiaminya.