Pages

Powered By Blogger

Wednesday, September 26, 2012

Wali Songo (sembilan wali)

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.

Tahun lepas, saya berkesempatan menziarahi makam sunan gunung jati di Cirebon, Jawa Barat. Sambil mengenang perjuangan mereka menyebarkan Islam melalui tradisi kesufian, mengikis pengaruh hindu buddha yang memakan iman penduduk di sana.

Sungguh aneh bin ajaib apabila orang pantai timur Malaysia mempertikaikan kewujudan wali songo dan meragui sumbangan mereka kepada Islam. Padahal majlis ilmu dan ceramah sentiasa dihadiri. Inilah hasilnya apabila ahli agama menyembunyikan kebenaran. Malah mereka menyembunyikan kesan-kesan perjuangan ahli sufi di tanahair mereka sendiri.

“Walisongo” bermaksud sembilan orang wali. Mereka adalah Maulana Malik Ibrahim, Sunan Ampel, Sunan Giri, Sunan Bonang, Sunan Dradjad, Sunan Kalijaga, Sunan Kudus, Sunan Muria, dan Sunan Gunung Jati. Mereka tidak hidup pd waktu yg sama. Tp mereka mempunyai hubungan, sama ada saudara, sahabat, mahupun guru-murid.

- Maulana Malik Ibrahim adlh yg tertua.
- Sunan Ampel adlh anak Maulana Malik Ibrahim.
- Sunan Giri adalah anak saudara Maulana Malik Ibrahim juga sepupu Sunan Ampel.
- Sunan Bonang dan Sunan Drajad adlh anak Sunan Ampel.
- Sunan Kalijaga merupakan sahabat serta murid Sunan Bonang.
- Sunan Muria anak Sunan Kalijaga.
- Sunan Kudus murid Sunan Kalijaga.
- Sunan Gunung Jati adalah sahabat para Sunan lain, kecuali Maulana Malik Ibrahim yg lebih dahulu meninggal.

Mereka tinggal di pantai utara Jawa dr awal abad 15 hingga pertengahan abad 16, di tiga wilayah penting. Yakni Surabaya-Gresik-Lamongan di Jawa Timur, Demak-Kudus-Muria di Jawa Tengah, serta Cirebon di Jawa Barat. Mereka adlh para intelektual yg menjadi pembaharu masyarakat pd masa itu. Mereka memperkenalkan pelbagai bentuk peradaban baru: mulai dari kesihatan, bercucuk tanam, berniaga, kebudayaan dan kesenian, kemasyarakatan hingga pemerintahan.

Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala.


credit :- blog ustaz sufi
          http://blogustazsufi.blogspot.com

Tuesday, September 25, 2012

Solat Sunnat Awwabin

Asslamualaikum Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh.
Memandangkan dah lama blog ni menyepi. Harini saya ambil keputusan update sikit info berguna dalam blog ini.

Solat Sunat Awwabin



  • Merupakan solat sunat Muakkad ( bermaksud solat sunat yang sangat dituntut )
  • Solat sunat ini dilakukan selepas solat fardhu Maghrib dan selepas solat sunat ba'diah Maghrib
Solat sunat tambahan ini sebagai amal ibadat sementara menanti waktu Isyak, ianya lebih baik dari duduk berbual kosong atau tidur, terutama jika tiada majlis ilmu. Boleh juga dilakukan di rumah jika berhalangan untuk solat jamaah di masjid.


Fadhilat Solat Sunat Awwabin : -

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صَلَّى بَعْدَ الْمَغْرِبِ سِتَّ رَكَعَاتٍ لَمْ يَتَكَلَّمْ فِيمَا بَيْنَهُنَّ بِسُوءٍ عُدِلْنَ لَهُ بِعِبَادَةِ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ سَنَةً

 Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW telah bersabda ; “Sesiapa yang bersembahyang enam rakaat sesudah Maghrib tiada diselang antaranya dengan sesuatu bicara nescaya samalah pahalanya dengan ibadat duabelas tahun.” (Riwayat Ibnu Majah, Ibn Khuzaimah dan At-Turmuzi.)

Doa Sebelum Solat Awwabin : -

Sebelum melakukan solat Awwabin, disunatkan membaca doa berikut: